Couple Islamik
Written on 17 October, 2008 – 2:20 PM | by putrarocker |Post ini adalah ditulis oleh seorang pelajar perubatan, bukan ustaz nor ustazah. Sila rujuk alim ulama’ sebelum mengambil sebarang idea songsang dalam entry ini.hoho.
COUPLE?
Berkunjung ke mana-mana ruangan di internet, betapa bosannya bila mendengar persoalan ‘couple’. Lebih-lebih lagi apabila website tersebut bercirikan Islam, lebih banyak persoalan dikemukakan, yang kadang-kadang terasa rimas untuk dijawab oleh moderator agama di situ. Lihat saja di sini.
Kadang-kadang, lebih teruk lagi apabila jawapan-jawapan yang diberikan seolah-olah di-counter balik dengan persoalan yang lain. Hinggakan akhirnya menyusahkan penanya sendiri, seumpama kisah dalam surah al-Baqarah, lembu betina dengan kaum Nabi Musa AS.
Sepintas lalu saya melihat jawapan-jawapan ustaz-ustazah, semuanya mengatakan haram dengan illah maksiat yang akan dibuat oleh ‘couple’ tersebut. Kemudian akan di-counter dengan persoalan: “Kalau kitorg tak berhubung langsung ustat?” atau “Kitorg couple tapi just message je”. Kemudian akan ade jawapan: “Itu semua zina hati. Elakkan”. Maka, akan ada persoalan seperti ini.



| Posted in » 









