Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku?
Selepas menyaksikan gerhana separa bulan pada pagi 1 Januari lalu, kini penduduk negara ini berpeluang pula menyaksikan fenomena gerhana separa matahari atau dikenali gerhana anulus selama lebih dua jam yang dijangka berlaku antara jam 3.02 petang hingga 5.35 petang di langit sebelah barat, esok (15 Jan).
Gerhana separa matahari itu dijangka dapat dilihat di negara ini bermula jam 3.02 petang dan fasa maksimum akan berlaku jam 4.25 petang apabila 28.7 peratus permukaan matahari dilindungi bulan dan dijangka berakhir pada jam 5.35 petang.
Bagaimana gerhana matahari berlaku?
Gerhana anulus atau gerhana cincin terjadi apabila bulan berada di antara bumi dan matahari dalam satu garisan. Keadaan ini akan menyebabkan terjadinya bayang (umbra dan penumbra) sehingga menyebabkan kawasan yang terkena bayang ini akan mengalami gerhana. Disebabkan saiz ketara bulan kecil sedikit berbanding matahari, menyebabkan sebahagian kecil permukaan matahari akan kelihatan cakera sekeliling seperti satu cincin cahaya yang terang.
Gunakan alat penapis suria dan peralatan yang betul untuk melihat gerhana berkenaan bagi mengelakkan kerosakan retina.
Umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat gerhana. Cara-cara menunaikan solat sunat gerhana boleh rujuk di sini.
















4 Responses to “Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku?”
Tadi langit kat gombak x clear….
awan penoh.. x dapat merasa tgk gerhana oh
[Reply]
putrarocker Reply:
January 16th, 2010 at 3:38 PM
haah la en..
2 3 ari ni redup-redup jak..o_O
hmm
[Reply]
alamak.. saya terlepas la.. baru tau hari nie.. bukan rezeki saya..

Putra Al-Maliki´s latest blog entry..Kalau Dahi Tak Cecah Sejadah Dunia
[Reply]
putrarocker Reply:
January 16th, 2010 at 3:39 PM
xpe2..cuba lagi nanti yer..heheh
[Reply]